N-PRK-08411

About Us

PENGENALAN

Persatuan Memanah Negeri Perak (Baru) di daftarkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dan telah diluluskan permohonan pada 7 Januari 2020 dengan nombor pendaftaran N-PRK-08411

OBJEKTIF

  1. untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan memanah di peringkat negeri;
  2. untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, ,jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru;
  3. untuk memilih atlet bagi mewakili negeri Perak dalam mana-mana pertandingan sukan memanah peringkat kebangsaan;
  4. untuk mewakili negeri Perak dalam badan pengelola di peringkat kebangsaan mewakili sukan memanah;
  5. untuk bergabung dengan badan pengelola di peringkat kebangsaan; dan
  6. untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui penubuhan / penerimaan ahli gabungan peringkat daerah.

FUNGSI

  • bertindak sebagai badan perwakilan di peringkat Negeri Perak bagi sukan memanah;
  • membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan di negeri Perak;
  • menafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh badan kebangsaan;
  • mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan memanah di kalangan ahli yang terbabit;
  • mengendalikan kursus, latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan;
  • menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan memanah di peringkat negeri Bagi penganjuran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa persatuan hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola;
  • menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk pegawai dan pemegang jawatan dalam persatuan.
  • mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan pengelola dan badan-badan sukan atau agensi di peringkat negeri;
  • memastikan prosedur pemilihan ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang untuk mewakili negeri Perak dalam sukan memanah adalah terbuka dan adil;
  • memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berlandaskan perlembagaan dan peraturan-peraturan di bawahnya;
  • memastikan perlembagaan dan peraturan persatuan dipatuhi oleh ahli;
  • memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;
  • memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan persatuan tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan
  • memastikan semua keuntungan yang diperolehi melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan badan perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.