N-PRK-08411

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN BAWAH 12 DAN 15 TAHUN SIRI 2 TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Persatuan Memanah Negeri Perak (Baru) dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA Lumut akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 dan 15 tahun Siri 2, 2022. Maklumat seperti berikut:

Tarikh : 21 hingga 23 Oktober 2022
Tempat : Institut Kemahiran MARA, Lumut, Perak

3. Sehubungan itu, pihak Persatuan ingin mengambil kesempatan untuk mengundang peserta dari persatuan YBhg. Dato’ / Tuan / Puan untuk menyertai kejohanan ini. Maklumat lanjut kejohanan, format kejohanan dan jadual seperti dilampirkan.

4. Kerjasama dan sokongan dari pihak YBhg. Dato’ / Tuan / Puan amatlah kami hargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian

DOWNLOAD SURAT JEMPUTAN