N-PRK-08411

PEMILIHAN ATLET PELAPIS KEBANGSAAN

Kepada sesiapa yang berkenaan

Tuan,

PEMILIHAN ATLET PELAPIS KEBANGSAAN BAGI SUKAN MEMANAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Persatuan Memanah Kebangsaan akan mengadakan sesi pemilihan atlet pelapis kebangsaan yang akan dijalankan ke seluruh negara bermula 1 November 2021.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan perkara ini kepada semua jurulatih bagi mengenalpasti atlet-atlet yang mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai atlet pelapis kebangsaan.

4. Tarikh tutup untuk menghantar nama pencalonan adalah pada atau sebelum 21 September 2021. Kriteria pemilihan adalah seperti di Lampiran 1. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila hubungi En. Nazrin Aizad bin Mat Nasir di talian 012-8051925.

Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai.

DOWNLOAD LAMPIRAN