N-PRK-08411

PERAK ARCHERY Remote Scoring Challenge 2021

Penganjur

Persatuan Memanah Negeri Perak (PMNP)

Tarikh

30 Januari 2021 – Hari Sabtu

Masa

9.00 pagi hingga 7.00 petang

Matlamat

Penganjuran kejohanan kali ini supaya ramai pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan mengumpulkan seramai mungkin pemanah di negeri Perak sebagai persediaan menghadapi kejohanan peringkat kebangsaan bagi tahun 2021.

Venue

Boleh memanah dari rumah / kelab atau premis latihan masing-masing. Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan, sila patuhi SOP penjarakan fizikal yang telah ditetapkan.

 

Kelayakan Penyertaan

Terbuka kepada seluruh pemanah di negeri PERAK atau kad pengenalan / lahir di PERAK

Acara

Individu sahaja

 

 

 

 

 

 

 

 

Yuran

Tiada yuran dikenakan

Pendaftaran

(Dibuka mulai 12 JANUARI 2021 – Hari Selasa)

Sila buat pendaftaran di laman Open MAREOS http://www.mareos.masarchery.org

Jika belum mendaftar Open MAREOS, sila click new archer untuk pendaftaran baru.

Tarikh Tutup

25 Januari 2021 – Hari Isnin

 

Anugerah

Semua peserta akan menerima sijil penyertaan digital (e-sijil)

Langkah-langkah Pemarkahan

  1. Muat turun aplikasi  IANSEO SCORE KEEPER dalam smartphone anda.
  2. Skor kad anda akan dimuat-naik di ianseo.net selepas tarikh tutup mengikut kategori masing-masing.  Sila print skor kad tersebut untuk scoring  secara manual. Untuk scoring di smartphone anda, sila imbas QR kod yang ada pada skor kad anda.
  3. Selepas selesai scoring, sila emailkan skor kad anda ke memanahperak@gmail.com (dalam format pdf atau jpg) sebelum JAM 7 PETANG hari kejohanan.
  4. Ringkasan langkah yang perlu anda lakukan sebagai peserta.
    • Muat turun Ianseo Scorekeeper
    • Muat turun skor kad anda.
    • Scoring secara manual di dalam skor kad anda.
    • Scoring menggunakan aplikasi Ianseo Scorekeeper
    • Email skor kad manual anda.
  5. Status skor rasmi anda adalah tertakluk ke atas peraturan di bawah :

 

 

 

 

6.Sila ikuti langkah-langkah ini dengan teliti bagi mengelak sebarang kesulitan di pihak penganjur dan peserta lain. Sebarang kelewatan pengisian markah atau emel bukti skor tidak akan di layan.

7. Keputusan rasmi akan dikeluarkan pada jam 9.00 malam, 30 Januari 2021.

Peraturan dan Etika

  1. Kejohanan ini bukanlah kejohanan rasmi. Semua rekod yang terhasil dari kejohanan ini adalah tidak layak untuk sebarang rekod.
  2. Memanah dari tempat anda sendiri. Jika anda memanah di lapang sasar negeri atau persatuan atau kelab atau di mana-mana tempat yang memerlukan kebenaran, anda harus memastikan bahawa anda telah mendapat kebenaran dari pihak yang berkenaan. Pihak persatuan tidak akan mengeluarkan apa-apa surat memohon kebenaran dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi perkara tidak diingini di tempat tersebut.
  3. Sila patuhi jarak dan target face mengikut kategori anda dan juga tarikh serta masa yang telah ditetapkan.
  4. Tiada Hakim yang akan bertugas semasa permarkahan dijalankan. Oleh itu, keikhlasan dan kejujuran setiap peserta sangat dihargai untuk memastikan permarkahan yang adil dan saksama.
  5. Bagi pemanah berasal negeri Perak atau No KP negeri Perak yang berada di luar Perak dan berada di negeri / kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , PKPB & PKPP, sila patuhi setiap SOP bagi negeri masing-masing. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan untuk anda meneruskan kejohanan, sila patuhi. Kejohanan siri akan datang akan diadakan lagi dari masa ke semasa, khas untuk pemanah-pemanah Perak.
  6. Patuhi SOP pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan. Bersama kita putuskan rantaian Covid-19.
  7. Kongsikan gambar anda dalam laman sosial media (facebook/Instagram/twitter)

Pertanyaan melalui Aplikasi Whatsapp

  1. En Yuraimy Yakimin +60124511207
  2. En Fairiz +60165519760

DOWNLOAD MAKLUMAT PERTANDINGAN